Mere Mortals Adalah Siri Sampingan Mythic Quest

Mythic Quest iaitu siri TV komedi tempat bekerja memfokuskan kepada studio permainan video kini dikembangkan kepada siri sampingan Mere Mortals. Siri TV ini akan menerokai hidup pekerja, para pemain dan juga peminat yang terkesan dengan Mythic Quest.

Ashly Burch yang memainkan watak Rachel akan menulis skrip siri ini dan turut membintanginya. Bersama dengan beliau adalah John Howell Harris dan Katie McElhenney juga sebagai penulis, Megan Ganz, Rob McElhenney, David Hornsby, Charlie Day, Nick Frenkel, Michael Rotenberg, Jason Altman dan Margaret Boykin akan menjadi penerbit eksekutif.

Mere Mortals akan mempunyai lapan episod khusus untuk Apple TV+. Siri ini dikatakan akan diadaptasi daripada episod 7 musim ketiga Mythic Quest, Sarian yang menceritakan kisah silam Poppy dan Ian. Buat masa ini, tarikh siaran dan siapakah watak lain yang akan terlibat masih belum disahkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Baca: Temuramah Bersama Para Pelakon Mythic Quest – Ke Arah Penceritaan Yang Penuh Emosi

Sohor Kini