Mythic Quest adalah siri TV tempat bekerja Apple TV+ yang penuh dengan komedi dan konflik yang menarik. Ia seakan Silicon Valley tetapi fokus kepada studio permainan video, ia juga seakan Severance – tetapi lebih ringan dan bersahaja. Populariti siri TV ini agak hebat, sehinggakan ia kini sudah mempunyai musim ketiga. Musim baharu ini akan mempunyai 10 episod dan ia membawakan penceritaan yang berbeza dengan musim lepas yang anda mungkin tidak jangka berlaku.
Sempena musim ketiga Mythic Quest musim ketiga yang mula disiarkan pada 11 November, Apple TV+ telah memberi Aksiz peluang untuk menemuramah para pelakon, penulis dan pengarah siri TV ini. Aksiz juga berpeluang menonton kesemua episod Mythic Quest musim ketiga dan ia penuh dengan emosi berbanding komedi. Jadi bagaimanakah persediaan mereka untuk penceritaan yang lebih berat ini?
Ini kerana apabila sudah sampai musim ketiga, penyampaian cerita perlu menjadi berbeza agar ia lebih menarik untuk ditonton. Jadi kami sengaja memilih penceritaan yang emosi untuk menceritakan perkembangan setiap watak, tetapi pada masa sama masih mengekalkan elemen komedi agar ia tidak lari daripada tema asal.
Meditasi! Tetapi sebenarnya saya hanya terus lakukan begitu sahaja. Tidak lupa juga yang Apple memberi peluang yang sangat baik untuk saya menjayakan siri TV ini. Saya juga bekerja dengan rakan-rakan, jadi saya lebih melakukan aktiviti yang seronok bersama rakan dan dengan sokongan mereka pelbagai cabaran dapat dihadapi dengan mudah.
Poppy bukannya seorang watak yang meditasi, jadi sentiasa cuba menjadi hyper dengan membayangkan diri kerap memakan gula-gula apa akan terjadi – itulah Poppy.
Konsep yang berlaku di dunia teknologi yang sama, tetapi Mythic Quest bermula dengan mencari perbezaan tersendiri agar menjadi unik sebagai satu siri TV yang tidak mempunyai persamaan dengan siri TV tempat bekerja yang lain. Antara keunikan siri TV Mythic Quest adalah terdapat kisah bagaimana semua watak menempuh pelbagai cabaran ketika Covid dan bagaimana bersama-sama dapat kembali yang tidak banyak siri TV besar sampaikan.
Dana adalah seorang watak yang kerap meditasi untuk mengendalikan dua watak yang penuh ego. Watak Dana pun adalah seorang yang berbakat, jadi amat penting untuk menjadi tabah.
Saya hanya pandang diri saya dalam dunia nyata, di mana personaliti mana yang saya tidak ingin berlaku iaitu jahat dan saya cuba bayangkan apakah Danny Pudi yang jahat akan lakukan dalam Mythic Quest. Setiap kali watak Brad muncul pasti akan ada dinamik yang menarik cuba menarik perhatian penonton.
Sudah tiba masanya untuk Carol, sekian lama menanti sejak musim pertama dan musim kedua – segala yang dipendam kini dikeluarkan untuk cuba mengubah situasi dalam pejabat Mythic Quest. Tetapi seperti yang semua tahu, ia adalah perkara yang mustahil.
Rachel, simple, funny like a parasite to be everywhere and now underling under Brad.
Musim ketiga adalah musim di mana Rachel menjadi seorang genius yang dungu. Ia adalah satu eksperimen cuba membawakan sisi watak Rachel yang berbeza dan dapat bersama dengan watak Brad lakonan Danny Pudi adalah sangat menarik yang turut membantu menjayakan watak ini dalam musim baharu.
Persediaan yang sangat mudah, minum Red Bull tanpa henti adalah rahsia saya dan juga mendengar muzik-muzik Ashnikko. Kemudian saya cuba mencari nilai baran dan gadis lemah lembut dalam diri saya untuk bertukar-tukar antara personaliti.
Aku adalah peminat siri TV Mythic Quest, tetapi untuk musim ketiga ini ia kurang menghiburkan aku berbanding musim lalu. Cuma, aku suka apa yang cuba disampaikan dalam ini sebagai persediaan untuk setiap watak menjadi semakin matang dan bijak melakukan keputusan yang berat demi masa hadapan. Perubahan yang diperkenalkan dalam ini jelas sekali adalah untuk siri TV ini diteruskan lagi dengan musim keempat yang aku boleh jangka akan menjadi lebih lucu dan rancak.
Mythic Quest musim ketiga sudah pun disiarkan pada 11 November 2022 dengan satu episod. Ia mempunyai 10 episod yang akan disiarkan secara mingguan sehingga Januari tahun hadapan nanti.