Omelet Gaming telah mengumumkan yang sebagai penutup untuk tahun 2022, mereka melancarkan model terbaru bagi penawaran alat kawalan iaitu Omelet Gaming Switch Pro+ yang akan mula ditawarkan pada bulan ini dengan harga RM179.90.
Antara pembaharuan yang di bawa berbanding model sebelum ini adalah butang crystallised yang bukan sahaja untuk kelihatan lebih baik tetapi juga akan menjadikannya lebih tahan lama. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk yang lebih ergonomik, dengan cincin RGB untuk memberi penampilan yang lebih menawan.
Di bahagian batang analog, ia juga mempunyai tekstur yang lebih selesa untuk digunakan dan juga menambah cengkaman. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Snow White, Jet Black dan Thunderbolt yang merupakan edisi terhad. Ia boleh digunakan di platform yang menyokong sambungan bluetooth seperti Nintendo Switch, PC dan juga telefon pintar.
Ia akan ditawarkan tidak lama lagi, dan anda boleh layari laman Shopee mereka jika berminat.