Ryan Murphy nampaknya mencipta nama melalui siri TV Dahmer – Monster: The Jeffrey Dahmer Story yang mengisahkan pembunuh bersiri. Siri ini menjadi antara siri jenayah paling popular dengan mencapai lebih 746 juta jam tontonan dalam masa dua minggu. Murphy turut mempunyai siri lain berasaskan kisah benar, The Watcher yang turut menjadi popular dengan lebih 273 juta jam tontonan dalam masa dua minggu.
Menurut Deadline, Ryan Murphy akan hadir dengan dua lagi siri Monster mengisahkan pembunuh bersiri di Netflix akan datang. Namun memfokuskan kepada penjenayah mana tidak didedahkan. Tetapi ia adalah kisah pembunuh yang memberi impak kepada masyarakat. Siri The Watcher turut akan menerima musim kedua.

Populariti Dahmer agak dahsyat, dengan menjadi siri TV bahasa Inggeris paling popular selepas Stranger Things. Bagi The Watcher pula, ia adalah satu siri berasaskan laporan majalah dan musim kedua mungkin tidak lagi berasaskan kisah benar kerana ia hanya berlaku pada satu musim.