Sifu adalah permainan aksi yang memfokuskan kepada seni mempertahankan diri, Kung Fu. Sifu dibangunkan oleh SloClap iaitu pembangun untuk permainan Absolver.

Terkini, Derek Kolstad iaitu penulis untuk filem John Wick akan menulis skrip bagi filem Sifu untuk adaptasi filem aksi nyata. Filem ini akan dihasilkan oleh Story Kitchen iaitu studio naungan Derek sendiri bersama-sama dengan SloClap.

Dalam permainan Sifu, pemain akan menjadi semakin tua setiap kali mati dan hidup kembali. Ini bermakna, jika permainan belum habis dan pemain kerap mati – usia watak akan menjadi semakin tua dan lemah.

Selepas tiga minggu permainan ini dilancarkan, ia menerima satu juta pemain. Adakah ini bermakna filem ini akan menerima sambutan yang baik?

Sohor Kini