SloClap hari ini telah mengumumkan yang selepas 3 minggu dilancarkan permainan aksi mereka iaitu Sifu telah dimainkan lebih 1 juta pemain, ini adalah campuran untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC.

Sejak dilancarkan, ia telah menerima penerimaan yang sangat positif dan sudah semestinya membantu mempertingkatkan jualan untuk permainan ini. Mereka juga telah berkongsi treler accolades untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

Sebagai satu permainan roguelike, di dalam Sifu, pemain akan memula semula apabila terbunuh, akan tetapi pemain akan bertambah umur setiap kali memulakan sesi yang baharu. Apabila pemain telah menjadi terlalu tua, permainan akan bermula semula.

Sifu sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini