Ketika acara PlayStation State of Play, SloClap iaitu pembangun untuk permainan Absolver telah mengumumkan permainan baharu oleh mereka iaitu Sifu iaitu permainan aksi yang memfokuskan pertempuran menggunakan seni kung-fu, sesuatu yang lebih kurang dengan Absolver sebelum ini.

Berdasarkan treler yang dikongsi di mana watak pemain menjadi semakin berusia, dan juga pengenalan mengenai permainan ini yang mengatakan anda tidak akan berhenti daripada belajar dari kesilapan, ia mungkin merupakan satu permainan roguelike.

Sifu akan dikeluarkan sekitar tahun 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini