Ambulance adalah filem rompakan baharu arahan Michael Bay yang ditayangkan pada bulan Mac lepas. Ia memfokuskan kepada dua beradik yang menggunakan van ambulans untuk melarikan diri daripada rompakan besar. Seorang memang perompak dan seorang lagi terdesak.

Sempena musim percutian bulan Disember ini, Ambulance akan disiarkan di HBO Go pada 31 Disember ini. Mereka yang tiada HBO Go boleh tonton melalui Astro saluran 411.

Baca: Ulasan Ambulance – Ringkas, Pantas, Padat Dan Bolehlah

Selain itu, filem aksi nyata Sonic iaitu Sonic The Hedgehog 2 turut akan disiarkan di platform penstriman video ini. Mereka yang berminat boleh mula tonton di saluran HBO di Astro 411 atau terus strim bermula 17 Disember ini.

Sonic The Hedgehog 2 memfokuskan Sonic yang kini bahagia di Green Hills dan ingin menjadi adiwira tetapi dihalang oleh Dr. Robotnik yang bekerjasama bersama Knuckles. Sonic pula bekerjasama dengan Tails dalam pengembaraan mencari batu zamrud untuk menewaskan Robotnik.

Baca: Ulasan Sonic The Hedgehog 2 – Menarik Kalau Tidak Tonton Yang Pertama

Kedua-dua filem ini akan disiarkan pada jam 9 malam untuk tontonan seisi keluarga.

Sohor Kini