Banyak perkara yang Disney dedahkan hari ini di acara Disney Content Showcase 2022. Marvel Studios dengan beberapa treler baharu, serta turut dipertontonkan adalah treler-treler dan klip filem aksi nyata Disney.

Di acara ini, Lucasfilm turut mendedahkan beberapa perkara untuk Star Wars, seperti untuk Bad Batch, siri animasi antologi Star Wars Visions dan Star Wars Acolyte. Tetapi untuk acara ini mereka fokus kepada Indiana Jones 5 sahaja.

Tiada gambar dan video yang boleh kami kongsi – tetapi apa yang berlaku boleh kami sampaikan. Treler adalah selari dengan apa yang kami laporkan sebelum ini di mana filem akan menyertakan Indy versi muda dan beralih ke versi tua. Filem akan melibatkan Nazi dan aksi menarik. Turut tidak ketinggalan adalah gelagat lucu Harrison Ford yang dilihat masih segak beraksi sebagai Indiana Jones.

Filem ini bermula pada tahun 1944 ketika Indy di sekitar zaman Raiders Of The Lost Ark. Indy dilihat sedang berlawan dengan Nazi di dalam sebuah istana. dan terus beralih ke tahun 1969 ketika beliau sudah tua. Dalam treler ini, penjahat Klaber lakonan Boyd Holbrook didedahkan dan Indy juga akan mempunyai pengembaraan bersama anak jagaan beliau iaitu Helena lakonan Phoebe Waller-Bridge.

Sohor Kini