Harrison Ford akan kembali beraksi sebagai Indiana Jones dalam filem kelima. Filem Indy 5 akan berlaku pada tahun 1969 memfokuskan musuh Nazi. Tetapi untuk menjadikan filem Indiana Jones ini menarik, permulaan filem haruslah epik seperti filem-filem sebelum.
Oleh yang demikian, James Mangold selaku pengarah filem akan memulakan filem ini dengan tahun 1944 ketika Indy masih muda seakan zaman filem Raiders Of The Lost Ark yang ditayangkan pada tahun 1981.
Permulaan ini dikatakan berlaku lapan tahun selepas filem Raiders of the Lost Ark, memperlihatkan Indy berlawan dengan Nazi di dalam sebuah istana. Selepas permulaan ini, ia akan terus memperlihatkan Indiana Jones pada tahun 1969 yang sudah tua.
Harrison Ford yang kini sudah berusia 80 tahun berjaya dimudakan ke usia muda ketika awal tahun 80-an. Disney menggunakan teknologi de-age yang menurut Ford adalah sangat realistik. Menurut Empire, teknologi yang digunakan adalah dengan mengimbas semula filem-filem lama dan turut menggunakan jaket ikonik daripada filem asal untuk menjayakan permulaan filem ini.
Filem Indiana Jones 5 turut akan melibatkan Mads Mikkelsen sebagai penjahat utama yang memainkan watak Volller seorang Nazi berasaskan Wernher von Braun iaitu Nazi yang menjadi jurutera NASA. Selain itu Boyd Holbrook turut akan menjadi orang kanan Voller sebagai Klaber.