Disney dan Lucasfilm nampaknya telah mengesahkan siapakah pelakon yang akan terlibat dengan siri Star Wars baharu – The Acolyte. Siri ini adakah satu lagi siri sampingan, tetapi akan memfokuskan kepada zaman akhir High Republic dan menekankan kepada Acolyte.
Acolyte adalah “padawan” kepada Sith Lord. Pelakon utama yang disahkan sebelum ini adalah Lee Jung Jae iaitu Seong Gi-Hun dalam siri Netflix Squid Game. Selain beliau, Amandla Stenberg serta Jodie Smith-Turner turut akan menyertai.
Pelakon lain yang baru disahkan baru-baru ini adalah Carrie-Anne Moss (The Matrix), Manny Jacinto (Nine Perfect Strangers), Dafne Keen (Logan), Rebecca Henderson (Inventing Anna), Charlie Barnett (Russian Doll) dan juga Dean-Charles Chapman (1917).
Star Wars: The Acolyte turut dikatakan adalah siri yang berbeza dengan siri Star Wars lain, ia lebih kepada misteri ngeri di kegelapan di angkasa. Ia turut akan melibatkan seorang padawan yang bertemu dengan bekas Master Jedi bagi menyiasat jenayah yang berlaku.
Siri ini kini dalam proses penggambaran di London.