Sitora Harimau Jadian adalah filem P. Ramlee yang dikeluarkan pada tahun 1964 tetapi berbanding dengan filem-filem beliau yang lain, ia kurang dikenali dan semasa ditayangkan ia telah menerima kritikan. Ini ditambah lagi dengan reja filem asal untuknya telah rosak dan filem ini tidak boleh dihasilkan semula.

Namun, kisah Sitora Harimau Jadian diabadikan di dalam bentuk buku, buat pertama kali Zakaria Mohd. Yassin melalui buku yang dikeluarkan pada 1965. Kemudian penerbit buku tempatan iaitu Buku Fixi melalui koleksi Fixi Retro mereka.

Terbaru, aplikasi Cereka iaitu aplikasi koleksi novel secara digital telah membawa buku tersebut di dalam penawaran mereka. Anda boleh membacanya dengan melanggan Cereka Pro dengan harga langganan RM4.90 sebulan.

Muat Turun: Cereka

Sebelum ini, kami juga telah melaporkan yang Fangoria Studios studio filem di bawah Fangoria telah mengumumkan mereka akan mengadaptasi filem Sitora Harimau Jadian dengan judul Sitora.

Sohor Kini