Sitora Harimau Jadian adalah sebuah filem genre drama dan seram oleh Tan Sri P. Ramlee. Filem ini ditayangkan pada November 1964 dengan lakonan oleh beliau sendiri sebagai Dr. Affendi, Datuk Mahmud June sebagai Sitora, Rosmawati sebagai Naemah, Ali Rahman sebagai Tuan OCPD dan turut serta Minah Hashim dan Fazliyaton.

Sitora adalah harimau jadian, di mana ketika filem ini ditayangkan ia dikritik oleh wartawan. Mungkin konsep filem ini terlalu awal untuk orang kita ketika dahulu menerimanya. Filem ini dikatakan adalah gabungan drama Melayu dan konsep filem seram komedi Werewolf of London. Sayang sekali, filem ini dikategorikan sebagai filem yang hilang atau musnah. Ini kerana reja filem asal telah rosak, dikhabarkan berpunca kerana banjir dan mungkin juga keadaan bilik simpanan yang tidak baik.

Terkini syarikat majalah seram Amerika Syarikat Fangoria, telah menubuhkan Fangoria Studios untuk mengadaptasi filem Sitora Harimau Jadian dengan judul Sitora (terima kasih Penulis Kentang). Ini adalah percubaan baharu Fangoria menghasilkan filem selepas Fangoria Films behernti operasi pada tahun 1992. Filem ini dikatakan adalah filem berbahasa Melayu, lokasi penggambaran adalah di perkampungan Malaysia, dan Wan Hanafi Su akan memainkan watak Sir.

Filem ini mengisarkan seorang bomoh kejam yang boleh berubah menjadi separuh harimau separuh manusia. Beliau adalah penyangak yang meminta orang kampung membayar duit perlindungan. Filem Sitora akan diarahkan oleh Diffan Sina Norman, iaitu pengarah filem pendek di Los Angeles yang berasal dari Malaysia.

Memandangkan filem ini adalah daripada Fangoria, elemen ganar, ngeri, seram dan berdarah mungkin akan dikekalkan. Kerana Fangoria terkenal degan majalah seram memfokuskan kandungan ngeri klasik. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut filem ini.

Sohor Kini