Pengarah Jin Notti Dan Hantu Dalam Botol Kicap  Meninggal Dunia

Azhari Zain pengarah filem Jin Notti, Santau dan Hantu Dalam Botol Kicap meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 50 tahun. Allahyarham yang juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah terlantar sejak Februari lalu akibat serangan strok.

Menurut isteri beliau Wahizatul Nureen Azmi, kesihatan Azhari Zain merosot sejak seminggu lalu walaupun sebelum ini menujukkan kesan positif selama menjalani rawatan. Selain mengarahkan filem, beliau turut menulis untuk filem Badang, Kuliah Cinta, Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung dan Duyung. Kerjaya perfileman beliau bermula sejak 2004. Arwah meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Semoga Allah menempatkan Azhari Zain di kalangan insan yang beriman.

Sohor Kini