Ryan Reynolds Ingin Taylor Swift Berlakon Dalam Deadpool 3

Deadpool 3 adalah filem aksi komedi ganas pertama dalam MCU. Filem ini akan ditayangkan pada 8 November 2024 dan akan menyertakan Hugh Jackman sebagai Wolverine. Ketika pengumuman filem Deadpool 3 ini dilakukan oleh Ryan Reynolds, ia dirakam di sebuah rumah yang sama dengan video muzik All Too Well: The Short Film oleh Taylor Swift. Peminat Taylor Swift yang juga meminati Ryan Reynolds mungkin akan perasan akan lokasi ini.

Terkini, Ryan Reynolds memberitahu Entertainment Tonight yang beliau inginkan Taylor Swift berlakon dalam filem Deadpool 3. Ryan Reynolds sudah lama meminati Taylor Swift dan penyanyi pop popular ini turut merupakan rakan baik kepada beliau dan isteri Blake Lively. Blake Lively juga merupakan pengarah kepada muzik video I Bet You Think About Me dalam album Red (Taylor’s Version).

Tambahan Ryan Reynolds lagi, Taylor Swift adalah seorang yang genius dan beliau sanggup belakukan apa sahaja untuk memastikan Taylor Swift akan berlakon dalam filem Deadpool. Anak-anak Rayn Reynolds juga merupakan peminat penyanyi ini dan Taylor Swift dianggap sebagai makcik dan ahli keluarga.

Anda turut boleh lihat lokasi rumah video All Too Well: The Short Film dalam video jenaka Ryan Renolds dan Hugh Jackman menjelaskan bagaimana Wolverine masih hidup selepas mati dalam Logan.

Sohor Kini