DAHMER: Monster: The Jeffrey Dahmer Story telah menerima 196 juta jam tontonan untuk minggu pertama, yang menjadikan ia kandungan paling popular di Netflix pada pada minggu 25 September, ia terus menjadi siri paling popular untuk minggu kedua dengan 299 juta jam tontonan dan bagi minggu ketiga yang berakhir pada 9 Oktober lepas ia terus kekal sebagai kandungan paling popular dengan 204 juta jam tontonan.

Ini menjadikan jumlah jam tontonan untuk tiga minggu pertama melebihi 746 juta jam.

Di Malaysia, siri ini tidak pernah mendapat kedudukan yang pertama tetapi berada di “Top 10” untuk tiga minggu, dengan minggu ini ia berada di kedudukan ketiga di belakang Little Women dan juga Mechamato The Animated Series.

Menunggang populariti siri ini, Conversations with a Killer: The Jeffrey Dahmer Tapes: Limited Series iaitu dokumentari berkait dengan subjek bagi siri TV tersebut juga popular dengan berada di keduduka kedua untuk minggu pertama disiarkan dengan 31 juta tontonan.

Sohor Kini