The Watcer adalah satu lagi siri TV seram misteri daripada pencipta sama Monster: The Jeffrey Dahmer Story, iaitu Ryan Murphy. Ia juga diadaptasi daripada kisah benar, di mana satu keluarga yang baru berpindah ke rumah di ganggu tanpa henti oleh orang yang disyaki adalah jiran-jiran mereka.

Terkini, The Watcher telah menjadi siri TV paling popular dengan berada di tempat pertama dalam carta Top 10 Netflix untuk dua minggu berturut-turut. Siri TV ini telah menerima 273,250,000 jam tontonan dalam masa dua minggu dengan minggu lepas sahaja mencapai lebih 125 juta jam tontonan.

Untuk siri Dahmer, ia masih kekal di Top 10 Netflix Global. Ia kini berada di tempat kedua dan sudah lima minggu berturut-turut berada dalam senarai ini. Jumlah jam tontonan terkini lebih 69 juta. Di Malaysia, The Watcher berada di tempat ketiga untuk dua minggu berturut-turut dengan Dahmer kini di tempat keenam untuk lima minggu berturut-turut.

Sohor Kini