Andor adalah siri TV Star Wars yang lain daripada yang lain. Tiga episod pertama amat perlahan, tetapi bermula episod empat sehingga kini – ramai katakan ia adalah siri TV Star Wars terbaik setakat ini.

Star Wars: Andor disahkan akan mempunyai dua musim dan merupakan siri TV Star Wars paling panjang dengan 12 episod setiap musim. Musim pertama berlaku lima tahun sebelum Rogue One, dan musim kedua pula akan berlaku sepanjang empat tahun sebelum.

Tony Gilroy pencipta siri TV ini mendedahkan yang penggambaran Andor musim kedua akan bermula 21 November nanti. Musim kedua akan dipecahkan mengikut empat “blok” dengan 1 blok mewakili tiga episod untuk satu tahun, menjadikan blok terakhir berdekatan dengan Rogue One.

Baca: Ulasan Star Wars: Andor Episod 1-4 – Bukan Siri TV Star Wars Yang Anda Kenal

Sohor Kini