Netflix bersama dengan pembangun Tender Claws telah mengumumkan permainan realiti maya berdasarkan Strange Things iaitu Stranger Things VR yang akan tiba pada akhir tahun 2023. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Vecna iaitu watak antagonis utama musim terkini.
Ia merupakan permainan aksi seram psikologi yang membolehkan pemain untuk membentuk hive mind, dan mengawal minda untuk membalas dendam terhadap Eleven dan juga Hawkins. Ia dikatakan akan tiba di platform-platform VR utama.