Stargirl Adalah Satu Lagi Siri TV DC Yang Dibatalkan

Stargirl adalah siri TV DC yang masih berlangsung. Ia adalah siri TV di bawah The CW yang kini dimiliki oleh Nexstar Media Group. Stargirl kini berada di musim ketiga dan akan mempunyai 11 episod. Tetapi nampaknya, siri TV ini turut akan ditamatkan atau lebih tepat dibatalkan dengan musim ketiga sebagai musim terakhir.

Walaupun ia bukan di bawah Warner Bros. Discovery, agak menyecewakan semakin banyak projek DC dibatalkan. Pembatalan Stargirl adalah keputusan yang dilakukan oleh eksekutif Nexstar. Stargirl akan menyertai The Flash, Nancy Drew dan Riverdale iaitu antara siri TV popular yang turut ditamatkan.

Stargirl juga adalah siri TV di bawah Berlanti Productions sama seperti The Flash, Riverdale dan Titans – tetapi Titans dilihat masih tiada sebarang informasi sama ada ia akan ditamatkan ataupun tidak. Di Malaysia, Stargirl hanya boleh distrim melalui HBO Go – itupun terhad dengan musim pertama sahaja.

Sohor Kini