Ryan Karazija yang merupakan pengasas kumpulan Low Roar meninggal dunia pada usia 40 tahun. Sebab kematian belum diumumkan dengan pengumuman dilakukan menerusi laman Facebook rasmi pagi tadi. Kumpulan ini mula dikenali ramai selepas lagu mereka I’ll Keep Coming digunakan dalam treler permainan video Death Stranding yang dibangunkan oleh Hideo Kojima.

Majoriti runut bunyi permainan pertama Kojima selepas meninggalkan Konami menggunakan lagu Low Roar. Antara insan terawal mengucapkan takziah kepada Low Roar dan ahli keluarga Karazija ialah Hideo Kojima. Beliau berkata tanpa Low Roar, Death Stranding mungkin tidak akan dihasilkan. Harus diakui muzik Low Roar amat penting kepada antara permainan video paling unik pernah dihasilkan.

Sohor Kini