TikTok adalah platform media sosial yang kini menjadi semakin popular. Beberapa tahun lepas, mereka dilaporkan ingin memasuki arena permainan mudah alih pula. Bulan Mei lalu, integrasi permua ini mula diuji pada pengguna di Vietnam dan Ogos lalu ia mula kelihatan untuk pengguna di Malaysia.

Baru-baru ini Financial Times melaporkan yang TikTok akan melancarkan secara besar-besaran mengenai integrasi permua pada platform mereka. Ia akan diumumkan melalui acara TikTok Made Me Play It yang akan dianjurkan pada 2 November. Kandungan permua ini dikatakan adalah usaha TikTok menceburi format hiburan berlainan dan turut menyatakan TikTok dan permainan adalah satu gandingan yang baik.

Permua TikTok ini akan boleh diakses pada halaman utama aplikasi dan ia akan mempunyai iklan, di mana pengguna perlu bayar untuk akses kandungan tambahan. TikTok turut dilaporkan akan bekerjasama dengan studio permainan seperti Electronic Arts, 2K, VNG Corporation, NetEase Games, dan Homa – di mana menurut sumber wakil studio-studio ini turut akan mengumumkan sesuatu.

Sohor Kini