Anda mungkin tidak tahu akan perkara ini, di mana Netflix mempunyai kod-kod rahsia yang membenarkan anda mencari kandungan mengikut kategori yang lebih spesifik. Kod ini menurut Netflix sudah digunakan sejak zaman mereka di fasa perniagaan DVD, sebelum memasuki arena penstriman lagi.

Kod-kod ini sebenarnya sudah ada lama di arena web, kerana ada pengguna yang menemuinya dan kongsi. Tetapi kod-kod ini telah ditambah dengan terdapat pelbagai kategori baharu yang lebih spesifik. Kini menurut Netflix, terdapat 36,000 kod.

Antara kategori aneh adalah seperti yang kami laporkan sebelum ini, “Short-Ass Movies” atau “Streams & Screams”. Netflix kini berkongsi kod-kod rahsia ini kepada umum dengan penjelasan kod itu akan membawa ke kategori kandungan mana. Berikut adalah antara yang dikongsi;

Anda mungkin akan perasan penggunaan kod-kod ini ada pada pautan Netflix, https://www.netflix.com/browse/genre/81603903. Untuk kod-kod lain anda boleh ke pautan Netflix di bawah untuk mencari kandungan mengikut kategori yang anda minat sendiri.

Sumber: Netflix Secret Code Guide

Sohor Kini