Netflix adalah syarikat yang cool dan happening. Mereka kerap melakukan lawak jenaka di media sosial, memberi maklum balas kepada pelanggan, hadir dengan meme dan banyak lagi.

Dalam episod Saturday Night Live (SNL) beberapa hari lalu, Pete Davidson telah hadir dengan video muzik rap mengenai filem-filem di Netflix dengan durasi sekitar 1 jam 30 minit. Walaupun ini hanyalah satu video jenaka atau parodi – Netflix dilihat memberi maklum balas kepadanya.

Terkini di Netflix, telah ada satu kategori khas Short-Ass Movies untuk filem-filem dengan durasi sekitar 1 jam 30 minit. Bergantung kepada negara, anda akan dapat lihat filem seperti The Dictator, Austin Powers in Goldmember, Scary Movie, Rambo Last Blood, Child’s Play 3 dan banyak lagi. Ia adalah filem yang tidak akan memakan banyak masa anda dan boleh dihabiskan dengan satu tontonan.

Kategori ini adalah lebih kurang sama dengan katalog Movies under 90 Minutes, namun cadangan filem dilihat sedikit berbeza. Jika anda ingin lihat koleksi Short-Ass Movies ini anda boleh terus klik pautan di bawah pada komputer, tablet atau telefon pintar anda;

Netflix: Short-Ass Movies

Sohor Kini