Sebagai seorang peminat kandungan seram, aku ada melanggan banyak platform penstriman. Antaranya adalah Shudder yang mempunyai banyak kandungan asli, seram klasik, seram ngeri dan banyak lagi. Tetapi, platform ini memerlukan akses kepada VPN kerana tidak berada di Malaysia secara rasmi.
Sebagai alternatif, Netflix juga adalah platform penstriman yang menawarkan pelbagai kandungan seram. Sempena musim Halloween yang akan berlangsung pada Oktober nanti, Netflix kini melancarkan hab kandungan seram baharu Streams & Screams.
Dalam hab ini ada pelbagai kategori seperti “Teen Screams”, “Zombies, Vampires and Ghouls”, “Horror Hidden Gems”, “Slasher and Serial Killers”, “This Place Is Evil”, “Modern Horror Classics”, “Horror Reimagined”, “Witchcraft & the Dark Arts”, “High Brow Horror” dan “Halloween Comedies”.
Akan datang Netflix turut akan menyiarkan filem dan siri TV seram seperti; The Midnight Club oleh Mike Flanagan, Guillermo del Toro’s Cabinet of Curiosities atau adaptasi Stephen King Mr. Harrigan’s Phone.