Apple nampaknya telah menaikkan harga langganan bagi beberapa perkhidmatan penstriman mereka. Berkas langganan yang menyertakan Apple Music, Apple Arcade dan Apple TV+ iaitu Apple One yang diperkenalkan di Malaysia pada September 2020, kini berharga RM29.90 (individu) sebulan berbanding sebelum ini RM19.90 sebulan.

Untuk pelan keluarga pula, ia kini berharga RM39.90 sebulan berbanding RM33.90 sebulan sebelum ini. Untuk pelan Premier yang menyertakan semua perkhidmatan langganan mereka di Malaysia – termasuk Apple Fitneess+, kini berharga RM78.90 sebulan berbanding RM69.90 sebulan sebelum ini.

Dalam Apple One, pengguna bukan sahaja menerima Apple Arcade dan Apple TV+ tetapi turut menerima langganan Apple Music, iCloud 50GB/200GB/2000GB bersama Fitness+. Setakat laporan ini ditulis, harga Apple Arcade masih kekal dengan RM19.90 jika anda tidak berminat untuk melanggan berkas yang ditawarkan.

Peningkatan harga ini bukan disebabkan oleh kadar tukaran mata wang, sebaliknya Apple mengatakan ia disebabkan oleh kos pelesenan yang meningkat, di samping katalog penstriman mereka yang telah berkembang pesat sejak diperkenalkan dulu.

Sohor Kini