Apple melalui acara untuk mengumumkan Apple Watch dan iPad baharu, turut mengumumkan perkhidmatan langganan baharu mereka iaitu Apple One. Ia adalah langganan 4 dalam 1 untuk kesemua perkhidmatan mereka iaitu Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud.

Walaupun ia akan tiba secara rasmi pada penghujung tahun ini, tetapi laman rasmi untuknya sudah memperlihatkan harga iaitu RM19.90 untuk perseorangan dan RM33.90 untuk sekeluarga (sehingga 5 orang).

Selain itu, oleh kerana Apple TV+ dan Apple Arcade secara tersendiri mempunyai perkongsian keluarga, anda tidak perlu melanggan Family Plan untuk berkongsi langganan dua perkhidmatan tersebut. Dengan kata lain, Family Plan hanya untuk perkongsian Apple Music dan iCloud.

Sohor Kini