Treler Ant-Man And The Wasp: Quantumania Dipertontonkan

Ant-Man and the Wasp: Quantumania adalah satu lagi filem Marvel Cinematic Universe yang ramai nanti-nantikan. Ini kerana filem ini adalah permulaan bagi MCU Fasa 5 dan turut akan menyertakan Kang the Conqueror sebagai musuh utama. Filem ini turut akan memperlihatkan anak Scott Lang iaitu Cassie Lang menjadi adiwira baharu, Stingers.

Terkini selepas sekian lama menanti, treler pertama dipertontonkan. Anda boleh tonton di bawah;

Dalam treler ini, Cassie dilihat telah mencipta satu alat komunikasi untuk berhubung dengan Quantum Realm tetapi nasib malang berlaku kerana beliau sekeluarga diserap masuk ke dalam dunia ini. Satu keluarga Scott Lang kemudiannya mengembara di dalam Quantum Realm dan mendapati ada banyak rahsia di dunia ini melibatkan Janet van Dyne.

Bukan itu sahaja, Kang dan askar beliau turut diperlihatkan dalam treler ini di mana kemudiannya Kang cuba melakukan perjanjian dengan Ant-Man. Jalan cerita penuh bagi filem ini masih belum didedahkan lagi, tetapi permulaan bagi MCU Fasa 5 ini nampak gempak dan membuatkan ramai tidak sabar untuk filem ini ditayangkan.

Ant-Man and the Wasp: Quantumania akan ditayangkan pada 17 Februari 2023.

Sohor Kini