Resident Evil 4 adalah permainan video tembak menembak zombi pertama aku main, yang mmebuatkan aku jatuh cinta dengan francais Resident Evil. Pertama kali aku main adalah pada PlayStation 2 dan semasa bulan Jun lepas, Capcom umumkan mereka akan hadir dengan Resident Evil 4 Remake aku amat teruja dan tidak sabar untuk main.

Treler dan video gameplay bagi Resident Evil 4 Remake kini didedahkan dalam Resident Evil Showcase pagi tadi dan ia memperlihatkan grafik yang sangat cantik, seram, ngeri serta memperlihatkan kemaskini kepada rekaan watak terkenal iaitu Ahsley Graham, Leon S. Kennedy, Ada Wong, penjahat Ramon Salazar, kembalinya Merchant untuk membeli barang atau naik taraf senjata dan banyak lagi.

Resident Evil 4 baharu ini masih mengekalkan penceritaan lebih kurang sama dengan yang asal iaitu mengenai misteri Los Plagas dan kes penculikan Ashley. Ia akan mengekalkan banyak elemen asal, tetapi dengan penambahan kaedah bermain baharu yang dilihat semakin mencabar.

Permainan ini akan dilancarkan pada 24 Mac 2023 akan datang.

Sohor Kini