Olahan Semula Silent Hill 2 Diumumkan Untuk PlayStation 5 Dan PC

Konami pagi ini mengesahkan permainan olahan semula Silent Hill 2 yang merupakan olahan semula permainan klasik yang dilancarkan pada tahun 2001. Kali ini ia dibangunkan oleh Bloober Team dari Poland yang sebelum ini menghasilkan permainan The Medium dan Blair Witch.

Turut disahkan permainan ini dibangunkan menggunakan Unreal Engine dan bukannya enjin Fox Engine yang dibangunkan sendiri oleh Konami. Trailer yang turut diterbitkan oleh Konami menunjukkan banyak babak ikonik dari permainan asal. Pengarah asal Masahiro Ito tidak terlibat secara langsung tetapi Akira Yamaoka yang menghasilkan runut bunyi akan kembali.

Pengumuman pagi ini pastinya dinantikan peminat Silent Hill yang kecewa selepas Silent Hills dibatalkan walaupun pada waktu tersebut projek dikelolakan oleh Hideo Kojima. Silent Hill 2 akan tiba ke PlayStation 5 dan PC. Bagi pemilik konsol lain, permainan ini hanya eksklusif di PS5 selama 12 bulan.

Sohor Kini