Informasi Permainan Video Terkini
P.T Versi PC Dihasilkan Oleh Peminat Dan Boleh Dimuat Turun Secara Percuma
PC

P.T Versi PC Dihasilkan Oleh Peminat Dan Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

Diterbitkan pada July 3, 2018 oleh .

Selepas Hideo Kojima meninggalkan Konami, permainan Silent Hills telah dibatalkan secara serta merta. Demo P.T yang dihasilkan untuk PlayStation 4 kini tidak lagi boleh dimuat turun. Bagi mereka yang terlepas untuk memainkan P.T, satu-satunya cara untuk menikmati demo yang menakutkan ini ialah dengan memuat turun PT for PC.

PT for PC ialah projek yang dihasilkan oleh Qimsar dan kini boleh dimuat turun secara percuma. Kesemua aset asal PT digunakan semula di dalam port ke PC ini. Ia walau bagaimanapun ialah projek perseorangan yang masih di peringkat awal V 0.9 dengan pelbagai pepijat. Buat masa ini pihak Konami masih belum mengeluarkan arahan supaya permainan ini ditarik. Jadi segeralah anda ke pautan di bawah jika anda ingin mencuba sendiri PT for PC hari ini. Spesifikasi minimum ialah PC yang menggunakan kad grafik Nvidia GeForce 750 Ti.

Muat turun PT for PC menerusi Gamejolt


TIPS & ULASAN