Tayangan Dune: Part Two Diawalkan Ke 3 November 2023

Filem Dune: Part One adalah antara filem yang amat memuaskan ditonton dalam panggung IMAX. Filem ini diarahkan oleh Denis Villeneuve, di mana beliau berjaya menarik orang ramai menonton filem ini sehingga selepas sebulan tayangan hampir RM1 Bilion berjaya dikutip.

Dune turut disahkan akan diteruskan dengan Dune: Part Two, dan penggambaran sudah pun bermula sejak bulan Julai lalu. Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 17 November 2023, kini ia diawalkan dan akan ditayangkan pada 3 November 2023.

Tarikh baharu ini adalah tarikh asal tayangan bagi filem Blade, namun disebabkan mengalami masalah produksi filem ini ditunda ke 6 September 2024. Filem Dune: Part Two akan memperlihatkan kesinambungan watak lakonan Timothée Chalamet dan Zendaya bersama-sama dengan Rebecca Ferguson, , Josh Brolin, Florence Pugh, Austin Butler, Christopher Walken serta Javier Bardem.

Dune: Part Two akan diadaptasi daripada novel yang sama, iaitu separuh terakhir dan memfokuskan Paul Atreides bekerjasama dengan Fremen untuk membebaskan planet Arrakis daripada House Harkonnen.

Sohor Kini