Shonen Jump telah mengumumkan yang manga Hunter x Hunter akan kembali menerima episod baharu bermula pada 23 Oktober ini melalui majalah manga tersebut. Ini adalah selepas lebih 4 tahun, Yoshihiro Togashi iaitu mangaka untuk siri ini mengambil “cuti panjang”.
Yoshihiro Togashi pada bulan Mei lepas pertama kali mengacahkan yang beliau akan kembali dengan episod baharu untuk manga tersebut, dan kini kita akhirnya menerima tarikh pelancaran.
Selain itu, Shonen Jump juga telah mengumumkan yang manga Hunter x Hunter akan disertakan di dalam aplikasi mereka, dengan episod baharu juga akan disertakan apabila ia dikeluarkan kelak.
Baca Lanjut: Cara Untuk Membaca Komik Dan Manga Digital Secara Sah.