Bulan Julai lalu, Todd McFarlane ada menyatakan beliau pernah berhasrat untuk menjadikan Spawn sebagai siri TV. Tetapi beliau tidak yakin dengan kejayaan siri TV, jika tiada filem sebagai permulaan. Ini kerana beliau ingin Spawn mempunyai dunia tersendiri yang boleh berkembang seperti MCU.

The Hollywood Reporter melaporkan yang Spawn akan kekal diteruskan sebagai filem dan sudah pun mempunyai tiga orang penulis. Penulis yang dilantik juga bukan calang-calang kerana mereka adalah; Scott Silver iaitu penulis filem Joker, Malcolm Spellman penulis siri TV The Falcon and the Winter Soldier dan seorang penulis baharu Matt Mixon.

Blumhouse akan kekal menjadi studio utama, kerana filem ini sudah dalam pembangunan sejak tahun 2017 lagi dan Jamie Foxx juga masih lagi calon utama untuk menjadi Al Simmons/Spawn. Penglibatan Jeremy Renner yang dicalonkan sebagai untuk berlakon sebagai Twitch masih tidak pasti kerana ia akan bergantung kepada skrip baharu nanti.

McFarlane telah menulis draf pertama skrip filem ini, tetapi pasukan baharu ini akan meneruskannya. Beliau turut pernah ingin menjadi pengarah tetapi kini berhasrat untuk melantik orang lain yang lebih berpengalaman agar Spawn boleh berjaya.

Sohor Kini