Sudah bertahun lamanya kita dengar yang Todd McFarlane akan mengolah semula filem Spawn. Filem ini dikatakan akan menjadi filem seram dan bukannya filem adiwira.

Comicbook melaporkan yang Todd menyatakan filem ini turut akan menjadi satu filem yang ganas dan ngeri seakan gabungan The Boys dan filem seram klasik dengan rating “R”.

Tambahan Comicbook lagi, Todd akan bekerjasama dengan Jason Blum untuk menghasilkan filem ini melalui studio Blumhouse Productions. Beliau berhasrat untuk Jamie Foxx berlakon sebagai Al Simmons/Spawn, sementara Jeremy Renner sebagai detektif Twitch Williams.

Beliau berhasrat untuk membina satu dunia aksi nyata Spawn. McFarlane Film TV turut pernah merancang untuk menghasilkan siri TV Sam & Twitch, iaitu siri sampingan mengenai pasangan polis yang selalu bertembung dengan Al Simmons/Spawn. Dengan kejayaan filem Joker dengan rating “R”, pelabur turut pernah berminat untuk terlibat dengan pembangunan filem Spawn ini.

Tetapi, bergantung kepada tawaran yang beliau terima – Spawn turut boleh menjadi satu siri TV eksklusif untuk platform penstriman video.Cuma, Todd tidak yakin jika siri TV boleh berjaya. Kerana menurut beliau untuk membina dunia adiwira biasanya bermula dengan filem dan dikembangkan ke siri. Tiada lagi data dan bukti permulaan dari siri TV menjadi filem berjaya.

Sohor Kini