David Harbour adalah pelakon yang dikenali sebagai Jim Hopper dalam siri TV Netflix Stranger Things dan juga filem Black Widow sebagai Red Guradian. Terkini, beliau akan berlakon sebagai Santa Claus dalam filem Violent Night – iaitu filem aksi komedi ganas baharu oleh Universal Pictures.

Anda boleh tonton treler filem ini dibawah;

Filem aksi komedi ganas ini akan mengimbau kembali kenangan Bruce Willis dalam filem Die Hard, kerana ia akan dikira sebagai filem Krismas. David Harbour yang berlakon sebagai St. Nick dilihat adalah seorang Santa Claus yang sebenar yang datang ke rumah satu keluarga hanya untuk memberi hadiah, tetapi keluarga ini telah dijadikan sebagai tebusan oleh sekumpulan penjenayah yang ingin merompak dan turut mengancam nyawa keluarga ini.

St. Nick turut mempunyai frasa pemikat sendiri (catchphrase) iaitu Santa Claus is coming to town dan Time for some Season’s Beatings. Filem ini diarahkan oleh Tommy Wirkola (Hansel & Gretel: Witch Hunters) dengan skrip oleh Pat Casey dan Josh Miller (Sonic the Hedgehog). Filem ini akan menyertakan John Leguizamo (Aurelio dalam John Wick: Chapter 2) sebagai antagonis utama bersama-sama dengan beliau adalah Cam Gigandet, Alex Hassell, Alexis Louder, Edi Patterson san juga Beverly D’Angelo.

Filem ini dihasilkan oleh 87North, iaitu studio yang sama menghasilkan Nobody, John Wick, Atomic Blonde, Deadpool 2, Bullet Train dan Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw. Filem ini akan ditayangkan pada 2 Disember tahun ini, namun tidak pasti lagi jika ia akan ditayangkan di Malaysia ataupun tidak.

Sohor Kini