Keanu Reeves Mungkin Akan Mengarah Siri BRZKR Di Netflix

BRZKR adalah komik yang ditulis oleh Keanu Reeves dan Matt Kindt dengan lukisan oleh Ron Garney. Ia adalah komik milik BOOM! Studios mengisahkan B. seorang separa dewa/separa manusia yang immortal mirip Keanu Reeves sendiri. Komik ini menceritakan mengenai B. yang bekerja dengan kerajaan Amerika Syarikat dan ingin menyiasat diri beliau untuk mencari cara untuk mati.

Netflix kemudian berjaya membeli hak komik ini untuk diadaptasi menjadi siri animasi dan juga siri aksi nyata. Terkini menurut Collider dalam perbualan beliau bersama Reeves, ada 33% potensi beliau akan menjadi pengarah siri TV aksi nyata ini.

Setakat ini, Keanu Reeves hanya pernah mengarah satu filem sahaja iaitu Man of Tai Chi, itu pun kerana filem ini ditulis oleh beliau sendiri. Untuk BRZKR, beliau menyatakan beliau ingin baca skrip terlebih dahulu untuk bercadang sama ada ingin menjadi pengarah ataupun tidak.

Sohor Kini