Brzrkr adalah siri komik baharu keluarkan Boom Studios di mana jilid pertama baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas. Ia merupakan komik yang ditulis oleh Keanu Reeves bersama dengan Matt Kindt. Komik ini adalah berdasarkan seorang watak bernama Berzerker ataupun B yang merupakan seorang immortal. Dia bekerja untuk kerajaan Amerika Syarikat yang menjanjikan akan menyiasat mengenai dirinya termasuk juga cara untuk “mati”.
Komik ini dilakar oleh Ron Garney dan diwarnakan oleh Bill Crabtree. Manakala muka depan pula dihasilkan oleh Rafael Grampa. Versi fizikal sudah dilancarkan di Amerika Syarikat manakala versi digital boleh didapati di comiXology, iBooks, Google Play, dan Madefire. Di Malaysia anda boleh dapatkannya melalui comiXology dengan harga $4.99 ataupun Play Store dengan harga RM15.95.