Komik Brzrkr merupakan komik yang ditulis oleh Keanu Reeves bersama dengan Matt Kindt, ia baru sahaja menerima jilid pertama baru-baru ini dan tidak mengambil masa yang lama, Netflix telah mengumumkan yang mereka akan menghasilkan siri aksi nyata dan juga siri animasi berdasarkan komik tersebut.

Keanu Reeves diumumkan bukan sahaja akan menjadi penerbit, akan tetapi beliau juga akan melakonkan watak utama untuknya bagi siri aksi nyata dan akan menjadi pelakon suara untuk siri animasi. Dengan watak utama di dalam komik ini dihasilkan berdasarkan Keanu Reeves jadi ia tidaklah mengejutkan.

Komik ini adalah berdasarkan seorang watak bernama Berzerker ataupun B yang merupakan seorang yang tidak dapat mati. Dia bekerja untuk kerajaan Amerika Syarikat yang menjanjikan akan menyiasat mengenai dirinya termasuk juga cara untuk “mati”.

Sohor Kini