Werewolf by Night adalah filem seram pendel MCU pertama yang akan menyertakan pelbagai watak raksasa seperti serigala jadian dan paling penting watak raksasa terkenal Marvel iaitu Man-Thing. Filem ini akan mempunyai durasi kurang satu jam dan mengambil inspirasi filem seram klasik 1930-an ke 1940-an dengan warna hitam putih.

Ia akan fokus kepada Jack Russell lakonan Gael García Bernal dan Elsa Bloodstone lakonan Laura Donnelly di mana selepas ketua pasukan pemburu raksasa rahsia mati, pemburu mula memburu semua raksasa sebagai balas dendam.

Dalam video baharu memperlihatkan sedikit sebanyak pembangunan di sebalik filem pendek ini, pengarah Werewolf by Night iaitu Michael Giacchino berkongsi yang filem ini akan fokus hanya kepada dua watak ini sahaja dan tidak akan fokus kepada watak cameo lain dalam MCU.

Selain itu, Kevin Feige turut berkongsi yang filem pendek ini akan memperkenalkan dunia baharu untuk MCU yang sangat penting untuk masa hadapan nanti. Walaupun beliau tidak menjelaskan untuk apa, tetapi dengan apa yang didedahkan dalam episod 7 She-Hulk dan filem ini – jelas sekali ia adalah permulaan untuk kandungan seram MCU.

Filem Blade adalah antara filem seram sebenar yang memfokuskan kepada dunia mistik dan puntianak. Tetapi filem ini sedang mempunyai masalah skrip lemah, pengarah tarik diri dan mungkin akan tunda penggambaran sehingga tahun hadapan.

Sohor Kini