MTG Dominaria United: Acara Pra-Pelancaran Dan Mencuba Pek Prerelease

Magic: The Gathering telah melancarkan penambahan baharu mereka iaitu Dominaria United pada 9 September lepas. Ia merupakan penambahan pertama daripada empat yang akan memfokuskan kepada Dominaria. Anda boleh baca lanjut mengenainya di pautan ini.

Pada 5 September lepas, saya telah diberikan peluang untuk menjadi antara terawal mencuba penambahan baharu ini, melalui Acara Pra-Pelancaran Dominaria United anjuran Wizards of the Coast. Di acara tersebut, selain perkongsian mengenai penambahan baharu ini, saya juga diberikan Pek Prerelease Dominaria United yang digunakan untuk sesi permainan pada masa yang sama.

Di dalam pek Prerelease ini, disertakan 6 Dominaria United Draft Boosters, bersama dengan 1 kad foil sama ada rare ataupun mythic rare dan 1 dadu. Bagi 1 kad foil, saya mendapat The Elder Dragon War dan daripada 6 Draft Booster saya hanya mendapat 1 Mythic Rare yang menjadi tema utama untuk dek yang saya bina pada hari tersebut iaitu Karn’s Sylex.

Melihat kad Karn’s Sylex walaupun saya merasakan yang menghalang lawan daripada menggunakan nyawa untuk menggunakan spells ataupun abilities tidaklah berguna kerana agak sukar untuk mendapat kad-kad yang bersesuaian dengan mekanik tersebut dengan sekadar membuka 6 Draft Boosters sahaja, akan tetapi saya masih tertarik dengan ability kad ini yang boleh dikatakan mengosongkan medan peperangan apabila perlu.

Oleh itu, saya telah memilih untuk membuat dek menggunakan warna Biru/Hijau dengan Biru kebanyakan adalah kad-kad mana rendah dan juga spell untuk menjadikan ia satu deck control. Manakala Hijau lebih kepada kad-kad serangan yang kuat untuk digunakan selepas ataupun semasa saya saya menggunakan Karn’s Sylex.

Semasa sesi permainan, saya bermain melawan Amirul iaitu penulis untuk GamerBraves yang menggunakan dek Merah/Hijau/Hitam. Dek yang digunakannya adalah sangat aggro dengan tidak lama selepas memulakan perlawanan dia mempunyai kad-kad yang mempunyai serangan yang tinggi. Oleh itu, kad-kad control yang saya sertakan sangat berguna untuk sekurang-kurangnya menunda serangan.

Selepas nyawa saya telah mencapai jumlah yang boleh mengakibatkan permainan tamat, saya akhirnya menggunakan Karn’s Sylex, dan mengosongkan medan peperangan. Dengan kami berdua tidak mempunyai kad di tangan, sesi permainan menjadi “top decking”. Malangnya, kad-kad besar Hijau saya tidak menampilkan diri, dan sebaliknya mendapat Land untuk beberapa pusingan, dan sekaligus saya sekadar melihat diserang sehinggalah tamat.

Walaupun kalah, tetapi agak menarik untuk mencuba dan juga melihat sendiri beberapa keyword yang menjadi fokus untuk penambahan kali ini, antaranya Enlist yang membolehkan saya menggabungkan beberapa kad untuk melakukan satu serangan yang lebih kuat, ini boleh dijadikan sebagai gerakan akhir ataupun membuatkan lawan berfikir dua kali sebelum memilih untuk melakukan block.

Keyword yang sering digunakan oleh dek Amirul semasa sesi saya bermain adalah Domain, yang menjadikan sesuatu serangan menjadi lebih kuat bergantung kepada jumlah Land yang ada. Ini menjadikan kad-kad yang walaupun mempunyai kos mana yang kecil mempunyai serangan kuat kerana jumlah land yang ada di lewat permainan.

Seterusnya adalah Kicker yang membolehkan pemain untuk menambah lagi mana mengikut jenis tertentu untuk melakukan sesuatu ability dan kad yang saya sering guna pula Stun Counters, di mana ia membolehkan saya meletakkan stun untuk beberapa pusingan terhadap sesuatu kad.

Wizards juga telah menyediakan saya satu token khas untuk penambahan ini dengan rekaan hiasan kaca yang menjadi antara keunikan untuk penambahan ini. Token ini boleh didapatkan dengan melakukan pembelian sekurang-kurangnya RM450 bagi penambahan ini. Token ini adalah satu daripada empat yang apabila digabungkan akan membentuk satu mural kaca.

Dominaria United akan hadir dengan Draft Boosters, Set Boosters, Collector Boosters, Commander dan juga kembalinya Jumpstart Booster. Jumpstart adalah booster yang sesuai untuk pemain baharu dan juga lama yang ingin bermain secara terus. Setiap pek akan mengetengahkan 10 tema unik di dunia Dominaria dan akan mengandungi 20 kad yang boleh digabungkan dengan satu lagi pek Jumpstart untuk membentuk satu dek.

Untuk maklumat lanjut bagi Dominaria United anda boleh layari; https://magic.wizards.com/en/products/dominaria-united.

Sohor Kini