Skull & Bones Ditangguh Lagi Untuk Sekian Kali

Permainan video laun Skull & Bones yang diumumkan pada tahun 2013 kini ditangguhkan sekali lagi. Pada asalnya permainan oleh Ubisoft ini akan akhirnya dilancarkan pada 8 November 2022 dengan pelbagai video permainan diperlihatkan dengan menyeluruh di acara Ubisoft Forward bulan lalu. Tetapi ia kini ditangguhkan pula ke 9 Mac 2023.

Penangguhan kali ini dilakukan bagi memperincikan lagi permainan yang dibangunkan oleh Ubisoft Singapura. Sejak dari awal pembangunan lagi, S&B berhadapan dengan pelbagai isu dengan skop permainan diubah beberapa kali dan terdapat skandal dengan pihak pengurusan studio Ubisoft.

Pada waktu ini permainan sudahpun ditangguh sebanyak lima berbanding tarikh pelancaran asal 2017. Ia sepatutnya meneruskan permainan mini menjadi lanun dalam Assassin’s Creed Black Flag tetapi kemudiannya diubah untuk menjadi MMO atas talian seperti Sea of Thieves.

Sumber – SkullnBonesGame

Sohor Kini