Ubisoft hari ini telah mengadakan Ubisoft Forward Spotlight yang memfokuskan satu permainan iaitu Skull & Bones. Permainan yang sudah lama tertunda dan melalui pelbagai perubahan pembangunan akhirnya akan dilancarkan pada 8 November 2022.
Anda boleh tonton treler sinematik di bawah.
Di dalam permainan ini, pemain boleh membina empayar lanun tersendiri secara berseorangan ataupun bersama dengan rakan sehingga 2 pemain. Pemain juga boleh membuka fungsi PVP jika ingin lawan dengan pemain-pemain lain.
Mereka juga berkongsi video bentuk permainan yang anda boleh tonton di bawah.
Skull & Bones akan dilancarkan pada 8 November 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store.