Mythic Quest Kembali Dengan Musim Ke-3 11 November Ini

Mythic Quest adalah siri komedi asli di Apple TV+ yang mengisarkan pekerja di persekitaran studio pembangunan permainan video. Ia seakan Silicon Valley, tetapi lebih ringan kerana fokus kepada permainan video.

Siri TV ini sudah pun mempunyai dua musim dan disahkan akan diteruskan sehingga musim keempat. Musim ketiga akan memfokuskan kepada watak Ian dan Poppy yang kini mempunyai studio baharu.

Apple baru-baru ini berkongsi yang Mythic Quest musim ketiga akan disiarkan di Apple TV+ pada 11 November akan datang. Ia akan mempunyai 10 episod dan memperlihatkan Ian dan Poppy di GrimPop Studio, David sebagai bos baharu di Mythic Quest, Brad yang sudah bebas dari penjara dan banyak lagi.

Sohor Kini