Mythic Quest adalah siri TV komedi mengenai pasukan pembangun permainan video di pejabat mereka sendiri. Ia penuh dengan drama lucu, korupsi, skandal dan banyak lagi yang membuatkan ia mempunyai pengalaman menonton seakan Silicon Valley.

Siri TV ini sudah mempunyai dua musim, yang mana pada musim tersebut watak utama Ian dan Poppy meninggalkan syarikat mereka dan menubuhkan GrimPop Studios sebuah studio pembangunan permainan video baharu.

Di SDCC 2022, Apple telah mengumumkan yang siri TV ini akan diteruskan dengan musim ketiga dan hadir dengan treler untuknya. Di studio Mythic Quest, David kini menjadi bos baru dengan Jo kekal sebagai pembantu beliau. Carol pula naik pangkat dan cuba menyesuaikan diri dan Brad yang kini bebas dari penjara menjadi tukang cuci baharu.

Treler ini memperlihatkan Ian dan Poppy gembira di syarikat baru dengan banyak perkara melucukan berlaku. Siri ini akan disiarkan di Apple TV+ pada sekitar penghujung tahun ini.

Sohor Kini