Mythic Quest adalah siri TV ala Silicon Valley, tetapi memfokuskan kepada pembangunan permainan video dan konflik di antara para pekerja, para pelabur, hak IP dan pelbagai lagi. Ia adalah drama dan komedi yang menarik dan mempunyai penceritaan yang sedikit berbeza dengan kebanyakan siri lain.

Siri ini sudah pun hadir dengan dua musim dan beberapa episod khas. Terkini atas kejayaan siri ini, Apple TV+ telah mengesahkan yang Mythic Quest akan diteruskan untuk musim ketiga dan musim keempat.

Masih tiada informasi lagi mengenai musim-musim baharu ini, selain musim ketiga yang akan dikatakan akan memulakan penulisan skrip pada hujung tahun ini.

Sohor Kini