Siri TV Iron Fist tamat dengan dua musim pada September 2018. Watak ini dilakonkan oleh Finn Jones dan sehingga hari ini masih tiada khabar sama ada watak ini akan kembali dalam MCU ataupun tidak. Watak lain dalam Defenders yang sudah disahkan setakat ini hanyalah Daredevil dan Kingpin lakonan Charlie Coxx dan Vincent D’Onofrio.
Sebelum ini ada khabar yang Jessica Jones dan Luke Cage dengan kekal dilakonkan oleh Krysten Ritter dan Mike Colter. Rosaria Dawson yang berlakon dalam Daredevil yang kini terlibat dengan Disney sebagai Ahsoka pernah menyatakan Disney dan Marvel turut ingin kembalikan watak The Punisher dalam MCU.
Kini, Finn Jones menyatakan beliau juga berharap dapat kembali berlakon sebagai Danny Rand/Iron Fist dalam MCU. Finn berkata beliau masih berminat untuk kembali ke K’un-Lun dan Immortal City dalam versi MCU untuk siri TV seperti Heroes for Hire (tidak pernah diumumkan akan dihasilkan).
Heroes for Hire adalah individu dengan kuasa luar biasa menjual perkhidmatan mereka kepada orang awam untuk membantu. Tetapi Disney dan Marvel tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini dan watak yang terdekat dengan Iron Fist yang sudah ada dalam MCU adalah Shang-Chi, jadi tidak pasti jika Iron Fist relevan ataupun tidak.