Filem Mat Kilau sudah pun disiarkan di Netflix. Filem ini di pawagam berjaya mengutip lebih RM97 juta dan kehangatan filem diteruskan dengan lebih ramai orang menontonnya di platform penstriman video. Semasa minggu pertama siaran di Netflix, filem berjaya mencapai lebih 3.9 juta jam tontonan untuk filem bukan bahasa Inggeris dan disenaraikan dalam Top 10.

Ketika itu ia popular di Malaysia, Singapura, Filipina dan Vietnam. Kini selepas dua minggu Mat Kilau dilihat masih berada di senarai Top 10 Netflix yang kini berada di tempat keenam. Jumlah tontonan sekarang adalah 4,130,000 jam iaitu 160,000 jam tambahan daripada sebelum ini.

Di Amerika filem ini dilihat popular di Bahamas, Guadeloupe, Jamaica dan beberapa lagi. Sementara di Eropah ia popular di Greece dan Romania, di Afrika pula ia popular di Kenya, Moroko, Nigeria dan Réunion. Di Ocenia ia popular di New Caledonia dan di Asia ia popular di banyak negara, di mana Malaysia kekal nombor satu, kemudian Cyprus, Oman, Filipina, Saudi Arabia, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan di Israel ia berada di tempat kesembilan dalam senarai Top 10.

Sohor Kini