Filem Mat Kilau telah dikeluarkan di Netflix pada hari Malaysia lepas iaitu 16 September 2022, dan lebih kurang seminggu dikeluarkan filem ini telah berada di kedudukan kelima filem bukan berbahasa Inggeris secara global dengan tontonan tertinggi iaitu 3.97 juta tontonan.

Oleh itu tidak mengejutkan apabila Mat Kilau menjadi filem dengan tontonan tertinggi di Malaysia, selain itu, Mat Kilau juga mendapat tontonan tertinggi di Singapura serta kedudukan ke-7 dan di Filipina dan juga Vietnam.

Ini sudah semestinya meneruskan lagi kejayaan bagi filem ini, yang sebelum ini kami telah melaporkan mengutip RM90 juta di pawagam, dan mungkin telah melebihi RM100 juta selepas turut dikeluarkan di beberapa negara lain.

Sohor Kini