Mat Kilau merupakan salah satu filem tempatan yang mencatatkan rekod tontonan dan kutipan tertinggi di Malaysia baru-baru ini. Selari dengannya, kini filem Mat Kilau turut akan memasuki platform penstriman popular, Netflix.

Pihak Netflix mengesahkan kepada Aksiz mengatakan filem Mat Kilau akan ditayangkan bermula 16 September ini – selari Hari Malaysia.

Bagi anda yang belum menontonnya lagi, atau ingin menonton ia sekali lagi, boleh tandakan kalendar pada 16 September kelak dan mengaksesnya melalui Netflix.

Sohor Kini